1 of 5 folders
Hari pertama, bermula ngan aku kat JB. Lepas solat jumaat, zaid msg aku tanak datang, suruh kirim salam sayang je kat semua. Aku gitau mehed, dia marah2 zaid, aku pegi amik dia kat jalan haji Noh, Ulu Tiram, terus gi ke KL. Sampai KL, macam biasa, aku sesat kat Ampang, ciput sungguh! Kami pusing2 lalu tepi KLCC siap, pastu call Penyelamat Pan suruh tolong tunjuk sirotol-mustaqim. Pastu gi rumah Amin, dia tengah peram telo, bz orangnye.
Pan bawak kami makan nasi lemak kat Taman Malinja. Sodap~ Dapat berita buruk dari Nik, ayah dia nak guna keter, tade transport. Amin suruh bodek pan, zaid pun buat kerja dia. Maka berjayalah. Pastu gi amik Haris plak. Lepas amik Haris, aku pun cabot ke Ipoh, Amin gi amik Nik, Lan ngan Manap.
Sampai Ipoh around 2am tak silap aku, depa sume dah tido kat surau Abu, aku ngan bini aku tido kat bilik tamu rumah abu.
Esok paginye, kol 6.15 suhail dah berkokok, abu panggil2 aku kat luar tingkap ajak gi mandi air panas kat Lubuk Timah. Amin and the geng sampai around 5am katenye. Respecting pan punye amanah suruh bawak tak lebih dari 80km/j.
Lepas mandi, Padli datang bawak roti canai sponsored by Pemuda Haluan Perak™ (kate dia la).
Sambungan: Part 2





































